
LADANG GETAH AYAH
(Setiap pagi mencarik garis luka
menjadi titis-titis getah
mengalir ke corong
ke mangkuk rezeki tertumpah
tempat kami bergantung)
Ini ladang getah ayah
Padang mengenal susah dan payah
Pokoknya berbaris lurus tegap
Tertancap pada tanah sejuk lembab
Daunnya segar hijau dan subur
Musim panas ia mengering dan gugur
Dan di hujung sempadan ada paya kecil
Tempat menggagau haruan atau mengail
Kalau musim hujan pula datang
Kami ke ladang jarang-jarang
Biarlah pokok-pokok itu rehat sekejap
Setelah penat kudratnya kami hisap
Disini tempat tercurah basah peluh
Tapi tidak sekali kami mengeluh
Kerana ada rimbun daun jadi peneduh
dipetik dari : http://jamrihusen.blogspot.com/2005/08/sajak-sajak-v.html